Wednesday 21 March 2012

Doa Mohon Dibukakan Hati Untuk Bertaubat dan Menjauhi Maksiat



 

KETIKA AMBIL WUDUK NIATKANLAH DALAM HATI

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

 
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".




MENGAPA HAWA DICIPTA SAAT ADAM TIDUR

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

 alam 520x347 Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

MENCARI REDHA ALLAH

SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita, 

Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,

SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita, 
Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,

SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita, 
Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,

SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, 
Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,

SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, 
Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari Nanti, 

MENCARI REDHA ALLAH.


 

Monday 19 March 2012

WOMEN WAS MADE FROM THE RIB OF MAN

 
Bismillah....

Cinta karena ALLAH adalah ketika kau mengerti,tak hanya kelebihan dari orang itu yang kamu lihat,namun juga memahami & menerima kekurangan" yg dimilikinya.sungguh kau pun baru boleh mengatakan bahwa ~¤ aku mencintainya ¤~ setelah kau benar"mengenalnya dg sebenar"nya yaitu baik dan buruknya..

Cinta karena ALLAH itu tidak sebts penampilan dan kecantikan ada kalanya kau lbh mencintai sebongkah arang hitam dari pada sebutir intan yang berkilauan,bukan pula tumbuh dari kecantikan seseorang,namun kecantikan seseorang itu justru akan tampak ketika kau mencintainya.adalah bagaimana kau bisa mencintainya karena AHLAQ & AGAMA NYA.bukan pd harta,rupa ataupun nasabnya.karena dg inilah kau bisa menepis kekafiran,kehinaan ketidak bahagiaan,dan kemudian menggantikannya dg kemuliaan yang diridhoi oleh ALLAH SWT..

Cinta karena ALLAH,akan membuatmu merasa tdk perlu memiliki meskipun dalam hatimu kau sangat ingin.adalah bagaimana kau bisa iklas ketika dia ternyata lbh mencintai orang lain,dan bahkan kau bisa berdoa agar mereka bisa bahagia..

Cinta karena ALLAH,tidak akan menggiringmu dalam jurang kemaksiatan,ketika kau melihat dia dan mencintainya.hal itu akan membuatmu semakin berbenah diri.kau menjadi mampu melihat kekurangan"pada dirimu untuk kemudian memperbaikinya..

Cinta karena ALLAH,terkadang tak tumbuh dg sendirinya,kita seperti layaknya diberi biji untuk ditanam lalu ia tergantung pd kita bgmana merawatnya,jika kita baik maka baik pulalah perasaan itu,dan juga sebaliknya.ada saat dimana kau terkdg ingin membunuh saja perasaan itu,namun entah mengapa kau tak berdaya.karena sebnrnya bknlah kita yg menumbuhkan cinta trsbt,namun rabb yg maha pengasih lah yang menumbuhkan perasaan trsbt..

Cinta karena ALLAH,tidaklah slalu membutuhkan beragam kesamaan diantara kalian namun yang trpenting adalah kesamaan prinsip dan tujuan yaitu menggapai RIDHA ALLAH...ya katakanlah bila hatimu tlh yakin dan mampu menempatkan cinta-Nya diatas cintamu padanya...bisikan dalam doa indah..

Yaa ALLAH,aku mencintainya karena-Mu maka izinkanlah kami bersatu ^_^ so sweet..semoga ...

LIMA AZAB ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT

Ada sebuah hadis yang panjang menerangkan mengenai solat dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menjaga solatnya, dan azab yang diterima oleh mereka yang melalaikan solat. Hadis ini banyak disebutkan oleh para penceramah ketika mengadakan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau madrasah di sekitar Kuala Lumpur dan di mana sahaja Hadis tersebut menyebut bahawa Allah S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :- 

1. Rezekinya dipermudahkan 
2. Dia diselamatkan dari azab kubur 
3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab 
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan 
5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat. 
Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :- 
1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya 
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya 
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik 
4. Doanya tidak dimakbulkan dan; 
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh. 
Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :- 
1. Dia mati dengan keadaan aib 
2. Dia mati dalam kelaparan dan; 
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu. 
Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :- 
1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur 
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam. 
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :- 
"TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA. 
Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :- 
1. Hisabnya terlalu berat 
2. Allah murka terhadapnya dan; 
3. Dia dicampakan ke dalam api neraka. 
Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya ialah: 
'HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH S.W.T "HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T. 
Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam kitab-kitab mereka. 
SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA. 
Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya 
"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA" 
Kalau Allah mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya seperti orang-orang yang melengah-lengahkan solat, maka sesungguhnya bertuahlah orang itu, tetapi sesiapa yang dapat memastikan tuahnya iatu?. Ada disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan mengadakan " 
TIGA MAHKAMAH" pada hari hisab kelak di antaranya :- 
MAHKAMAH PERTAMA ADALAH UNTUK MENGADILI ORANG KAFIR DAN ORANG-ORANG ISLAM DI MANA TIDAK ADA KEAMPUNAN". 
MAHKAMAH KEDUA ADALAH UNTUK MENGADILI KEWAJIPAN DAN TINGKAH LAKU SESEORANG TERHADAP YANG LAINYA. MEREKA YANG TERANIAYA AKAN DIBALAS DI SANA. BALASANNYA ADALAH SAMA ADA DIPEROLEHI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MENZALIMI ATAU DIBAYAR OLEH ALLAH S.W.T SENDIRI KALAU DIA MAHU MENGAMPUN SESIAPA PUN". 
MAHKAMAH KETIGA AKAN MENGADILI KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH. DI SINI PINTU RAHMAT ALLAH AKAN DIBUKA LUAS DAN AKAN MENGAMPUNI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA". 
Dengan keterangan ini jelas bahawa kita patut menerima azab yang telah ditentukan untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tetapi sifat Allah yang Maha Pengasih itu tidak ada batasnya dan dapat dia mengampunkan segala-segalanya. Sementara itu Anas R.A menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :- 
"KALAU SESEORANG MENINGGAL DUNIA DENGAN BERIMAN MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH ALLAH MENUNAIKAN SOLAT, MENGELUARKAN ZAKAT. MAKA DIA MATI DENGAN KEREDHAAN ALLAH". 
Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- 
"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Abu Darda mengirim surat kepada Salman R.A katanya : 
"HABISKANLAH KEBANYAKAN MASAMU DALAM MASJID AKU DENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : MASJID ADALAH RUMAH ORANG-ORANG SOLEH. ALLAH SENDIRI BERJANJI BAHAWA DIA AKAN MEMBERKATI ORANG-ORANG YANG KEBANYAKANNYA MASANYA BERADA DI DALAM MASJID." ALLAH AKAN MENGHIBURKANNYA DAN AKAN MEMUDAHKAN MENYEBERANGI TITIAN SIRATHAL MUSTAQIM DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG DEMIKIAN:. 
Semoga kita sentiasa dalam keampuan Allah S.W.T hendaknya. Amin.



YA RABBI YA ALLAH


 

DOA & RESTU IBU

 

SENYUM SENYUMLAH SELALU





JANGANLAH MENGHUKUM....


 

TAUBAT

 


NAK JADI MUSLIMAH


 

JANGAN RISAU....

 

RUGINYA MENGUMPAT.....





IKHLAS....

 

Petua Untuk Mengatsi Hati Resah

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

 

Sunday 18 March 2012

Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji

Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.  “Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun. Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.


 

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari. Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu. Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan. Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak. 
“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.
“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”
Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.
 
“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.
“Tapi saya saya menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.
“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.
“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”
Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.
“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.
“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.
“Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: 


Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. 

Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku... :)

KEAJAIBAN DUNIA

Rahsia Surah Al-Kauthsar






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
by: Himpunan Cerita Islam


Wednesday 14 March 2012

SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W

WANITA DARI RUSUK LELAKI

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
 
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

MANUSIA TERAKHIR MASUK SYURGA


Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”

Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:

“Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu’min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.

Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:

“Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”

Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:

“Aku Tuhanmu”. Maka dijawab kaum mukmin: “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula Rasulullah s.a.w “Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!”

Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir:

“Adakah kamu pernah melihat sa’dan?”

Jawab mereka:

“Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.”

Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada tuhan yang disembah kecuali Allah” dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.

Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.

Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.

Kemudian Allah berkata kepadanya:

“Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?”

Jawab orang itu:

“Tidak!”

dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.

Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:

“Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!”

Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.

Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. “Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!” kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: “Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka.” Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”

Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:

“Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!”

Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:

“Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Dalam hadith lain diceritakan:

Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas’ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Tuesday 13 March 2012

DIET RASULULLAH...

 

"Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan."


NAFSU BIADAP DENGAN ALLAH

 
"Wahai akal mengadaplah engkau".
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah SWT. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata buat kali kedua, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

1. Karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal dan nafsu sebagai ujian untuk manusia.
2. Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
3. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

Sahabat sekalian, jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan sekiranya tidak mahu dihumban ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang derhaka dengan perintah Allah. Jikalau kita mampu untuk menahan azab Allah di akhirat kelak, maka berbuatlah sesuka hati di di dunia ini dan turutilah telunjuk syaitan.

Tapi jika kita mahu menikmati keindahan syurga kelak maka berkorbanlah menahan keinginan nafsu dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dan berhentilah dari terus menerus mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri apatah lagi kita diakhirat kelak. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih".

Ada satu kata-kata hikmah yang berbunyi :

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan"

Oleh itu sahabat, jangan biarkan diri lalai dan leka sehingga memudahkan syaitan menggoda kita. Pelajarilah 2 sifat syaitan iaitu tidak mudah putus asa dan kreatif. Jadilah orang yang tidak putus asa dengan rahmat Allah dan orang yang kreatif dalam menolak segala pujuk rayu syaitan laknatullah. Moga kita dijauhkan oleh Allah dengan makhluk yang bernama syaitan ini. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 200 yang bermaksud
"Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca a'uzubillahi minassyaitanirrajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".
Serangan TERPANTAS dan sukar untuk ditewaskn oleh kita di dunia ini adalah serangan musuh kita yang nyata iaitu SYAITAN!! Walau sehebat mana secanggih manapun senjata kita miliki, hanya senjata Iman dan Takwa serta Amal Soleh yang mampu menentangnya..

Tarbiyyahlah dirimu.......