Monday 5 March 2012

ISU-ISU PENILAIAN SYARIAH

ISU-ISU SERTA PENILAIAN HUKUM SYARIAH BAGI STRUKTUR & STRATEGI PEMASARAN SYARIKAT AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC)

Segala pujian kehadrat Ilahi Tuhan sekalian Alam, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga & para sahabat Baginda. Setelah perbincangan dibuat dengan CEO & Ahli Lembaga Pengarah, serta dilakukan semakan terhadap struktur pemasaran yang dicadangkan oleh AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC), sekadar kemampuan saya, hasilnya adalah seperti berikut:-

SOALAN SYARIAH
Apakah barang/perkhidmatan yang menjadi teras perniagaan?
Barangan/perkhidmatan berbentuk perkhidmatan Umrah Kembara Sufi (Pakej Standard serendah RM5,500) dan Umrah Kembara Sufi (Pakej Eksklusif serendah RM6,500). Selain itu juga pihak AMTC ada juga menjual produk-produk yang berkaitan ibadah seperti Pen Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya. Pandangan Syara’: Kontrak yang digunapakai dalam transaksi ini ialah kontrak jual beli (‘aqd al-Bai’) di mana barangan/perkhidmatan yang diniagakan adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Menjadi Wakil Syarikat
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-
1. Pakej Raudhah  (RM100.00)
2. Pakej Ka’abah  (RM1,700.00)
Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

Keistimewaan setiap Pakej
Pakej Raudhah (RM100.00)
1. Layak menjadi wakil  Raudhah syarikat AMTC
2. Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
3. Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
4. Ujrah/komisyen untuk setiap wakil  Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
5. Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau 
6. Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.00

Pakej Ka’abah (RM1,700.00)
1. Layak menjadi wakil Kaabah syarikat AMTC
2. Layak untuk mendapat perlindungan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20K untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
3. Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan.
4. Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
5. Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
6. Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
7. Ujrah untuk setiap wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
8. Ujrah untuk setiap wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700)
9. Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.00.

Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

Cara untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC
Sebagai calon-calon tetamu Allah, setiap daripada wakil/jemaah mempunyai pilihan untuk melunaskan bayaran untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC @ MARLI TRAVEL melalui 3 kaedah:- i. Pilihan bayaran secara TUNAI. Jika berkemampuan calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran secara TUNAI seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. (Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak syarikat) ii. Pilihan bayaran secara ANSURAN. Dengan kaedah ini,  calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran pendahuluan (booking) seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. Bakinya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan mengikut persetujuan, tetapi bayaran penuh perlulah dijelaskan 2 bulan sebelum penerbangan. *Cadangan: Sekiranya kita memulakan tabungan sendiri RM100 setiap bulan secara konsisten, insyaAllah dalam masa 5 tahun kita akan mampu pergi menunaikan Umrah bersama AMTC. iii. Pilihan bayaran secara SBK. Dengan kaedah Silaturrahim, Berjemaah & Khusyuk,  calon jemaah yang mempunyai impian untuk ke Tanah Suci tetapi kurang berkemampuan, boleh membuat pendaftaran sebagai Wakil Kaabah AMTC sebanyak RM1,700.00 (dengan faedah-faedah yang khusus). Wakil tersebut boleh mula memperkenalkan calon jemaah / wakil baru yang berdaftar dengan AMTC melalui program-program prebiu yang dianjurkan diseluruh negara. Syarikat akan membayar Ujrah kepada Wakil, dan ujrah tersebutlah yang akan digunakan untuk tabungan Umrah. Manakala, lebihan komisyen tersebut (setelah tabungan Umrah penuh) adalah merupakan pendapatan tambahan wakil tersebut.

Apakah syarikat travel berlesen yang digunapakai oleh AMTC?
Setakat hari ini, syarikat AMTC mempunyai 2 platform syarikat pelancongan yang akan menguruskan jemaah iaitu Muhammadiyah Travel & Tours S/B & MARLI Travel & Tours S/B sebagai penyedia perkhidmatan (ground) di Mekah & Madinah yang mempunyai lessen pelancongan Inbound, Outbound & Ticketing.




No comments:

Post a Comment