Monday 5 March 2012

ISU-ISU PERNIAGAAN & SOALAN-SOALAN LAZIM

Apakah Kontrak Asas yang digunapakai oleh Syarikat AMTC?
Kontrak yang digunapakai ialah kontrak al-Wakalah. Pandangan Syara’: Dengan tidak mengenepikan kontrak-kontrak yang lain di dalam pelaksanaan keseluruhan program AMTC ini, kontrak asas yang menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan program ini ialah kontrak al-Wakalah. Kontrak al-Wakalah ialah kontrak yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-Muwakkil).

Kelayakan untuk menjadi Wakil AMTC?
Semua umat Islam yang berminat boleh menjadi wakil AMTC dengan syarat telah membayar sekurang-kurangnya RM100 (Pakej Raudhah) dan menghadiri Kursus SBK.

Apakah kelayakan untuk menjadi Konsultan AMTC?
Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC ialah telah membayar yuran sebagai Wakil RM1,700 dan telah menghadiri Kursus SBK. Bagi yang telah membayar RM100, mereka hanya perlu menambah baki lagi RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk mendapat faedah-faedah yang ditawarkan sebagai Wakil Kaabah

Apakah faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC?
sila rujuk lampiran faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC

Berapakah jemaah yang perlu diSilaturrahimkan untuk membolehkan seseorang Wakil itu mendapat Umrah secara PERCUMA?
Ianya bergantung pada harga pakej mengikut musim-musim yang berbeza. Andaikata pakej yang ditawarkan ialah RM6,500, maka para Wakil hanya perlu memperkenalkan seramai 7 jemaah/wakil sahaja. Walaubagaimanapun, syarikat tidak menghadkan berapa ramai yang perlu diperkenalkan, ianya bergantung pada usaha masing-masing.

Apakah fungsi Baucer bernilai RM1,600 yang dihadiahkan oleh Syarikat?
Baucer tersebut tiada had masa dan merupakan baucer diskaun Umrah Kembara Sufi Eksklusif yang boleh ditunaikan pada bila-bila masa dan hanya sah ditukarkan kepada AMTC melalui platform travel MARLI@MUHAMMADIYAH sahaja
Berapakah ujrah untuk setiap wakil (pakej Raudhah) yang diperkenalkan?
RM20.00 yang akan dibayar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran wakil Raudhah tersebut sekiranya wakil Raudhah tersebut tidak upgrade ke wakil Kaabah. Apabila mereka upgrade untuk bayaran penuh sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,600, maka baki Ujrah lagi RM680.00 akan dibayar (sekiranya belum dibayar)

Bilakah Ujrah Wakil dibayar?
Ujrah akan dibayar mengikut jadual berikut:-
1. Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 1hb-15hb, maka Ujrah akan dibayar pada 22hb pada bulan yang sama.
2. Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 16hb-31hb, maka Ujrah akan dibayar pada 8hb pada bulan berikutnya.

Apakah kelayakan menjadi Mutawwif Syarikat?
Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat. Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-
1. Asas Bahasa Arab yang baik
2. Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
3. Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji

Apakah perbezaan di antara Pakej Umrah Kembara Sufi (Standard) dengan Pakej Umrah Kembara Sufi (Eksklusif)?
sila rujuk lampiran perbezaan pakej tersebut

Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Raudhah)?
Borang sementara (yang difotostat)

Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Kaabah)?
Borang pendaftaran original (3 Salinan) serta borang Khidmat Konsultan (2 Salinan)

Apakah syarat-syarat menjadi Servis Centre AMTC?
Kelayakan menjadi Servis Centre AMTC ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat. Keistimewaan sebagai Servis Centre AMTC akan dihuraikan dalam Kursus Konsultan

Adakah pakej-pakej Umrah lain yang ditawarkan oleh AMTC?
Selain pakej Umrah Kembara Sufi pakej Standard & Ekslusif, Syarikat juga ada menawarkan pakej Umrah VIP & pakej Umrah Murah (Customize Package). Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Syarikat.

Apakah keistimewaan-keistimewaan lain sebagai Wakil AMTC?
Selain dari pakej Umrah, para Wakil juga boleh mempromosikan pakej produk-produk yang lain dengan tawaran harga istimewa seperti Pen al-Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya. Selain itu juga Syarikat telah mewujudkan unit-unit khas seperti Unit Pengurusan Haji & Badal Haji, Unit Pengurusan Waqaf, Unit Pengurusan Qurban Aqiqah dan sebagainya dimana para wakil yang berminat juga boleh melibatkan diri serta mendapat manfaat ujrah sebagai Wakil.

No comments:

Post a Comment