Friday 9 March 2012

PENGALAMAN UMRAH BERDUA TANPA AGENT

Alhamdulillah pada tahun 2007,  sekali lagi saya terpanggil untuk mengerjakan Umrah.  Kali ini bersama suami saya.  Ketika itu kami tinggal di West Midlands, UK sedangkan procedure untuk mendapatkan visa perlu di buat di negara sendiri, yakni Malaysia.   As our CEO,  Mr Terry Blizzard is a good friend of one of the Saudi Arabia's prince,  kita orang pun akhirnya dapat le Visa Umrah dari Saudi Arabia while we are residing in UK.  Distance between Birmingham & Jeddah is approximately 4700 km whereas from Kuala Lumpur to Jeddah is about 7000km.  So kita orang decided untuk singgah menunaikan Umrah dulu and then baru balik ke Kuala Lumpur.  

Happy le sangat sebab boleh kill 2 birds with 1 stone.....tapi merisaukan sebab Ya Allah tak da knowledge.  Ada le ilmu pun amatlah ceteknya.  Namun demikian seruan untuk menunaikan Umrah tu maha hebat.  Kami nekad untuk ke sana.  Menyerahkan diri seikhlas2xnya untuk tujuan penyucian.  Untuk tujuan pengampunan.     

Perjalanan dari Birmingham ke Dubai mengambil masa lebih kurang 7 jam dan thereafter,  kita orang boarded on Saudi Airlines,  a small old DC plane.  The journey to took us about 2 hours before we landed safely at King Abdul Aziz International Airport.  Dan di sini bermula le masalah pertama di mana kami di tahan oleh pihak imigration....di soal macam mana boleh dapat special invitation dari Prince of Saudi Arabia etc.  So lama gak tertahan di Imigration and thereafter,  lepas one of the Ustaz from Andalusia Travel & Tours explain in bahasa Arab,  baru le mamat2x imigration to faham.  Alangkah indahnya jika kami boleh berbahasa syurga itu.....Anyway,  thanks to Ustaz Hasbullah kerana membantu kami melepasi satu dugaan.  

Selesai sessi explanation dgn Pak2x Arab tersebut,  we all pun terus pergi ambik teksi untuk ke Tanah Haram,  Makkah Al Mukarramah.  Mai ai ganas betul Pak Arab ni memandu.  Dalam lebih kurang 10 minit,  teksi tersebut berselisih dgn kereta lain yg terlanggar side mirror teksi tersebut.....Panng...terkulai2x side mirror sebelah kanan.  Tapi yang peliknya teksi dan jugak kereta yg melanggar tadi terus je memandu with the same speed.  Tak da intention pun nak stop tapi mulutnya tak berhenti2x mengomel dgn bahasa yg agak kasar (of course la kita org tak faham sepatah haram).  Hati dah berdebar2x.  Apa lagi ye ujian dari Allah.   
Perjalanan di teruskan melintasi sempadan Makkah. 
Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik:
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka

Kami datang pada Mu Ya Allah.  Ampuni lah kami Ya Allah.  Permudahkan segala urusan kami.  Setibanya kami di Tanah Haram,  sepatutnya tanpa lengah kami terus Umrah sebab kami sedang di dalam Ihram.  Namun demikian,  di sebabkan kepenatan,  kami rebah merehatkan badan dan minda dan terjaga pada pukul 11 malam.  Pada waktu itu dengan langkah penuh debaran,  kami berjalan menuju ke ka'abah.  Ampunkan kami Ya Allah.  Itu saja yg mampu kami zikirkan.  Kaki di atur untuk tawaf and then saei and then tahalul.  Ketika tahlul sekali lagi di uji Allah.  Gadis comel keturunan Arab meminjamkan gunting dgn kadar 50 Riyal.  Ustaz pesan,  jangan terpedaya.  Alhamdulillah kami tidak terpedaya.  Alhamdulillah Umrah pertama selesai.  
 Bergambar di jalan sekitar Makkah.  Sesak dgn orang dari seluruh dunia.  Panas tetapi kami rasa aman dan tenang.  Hebatnya Ya Allah. 

 Sempat bergambar di depat Masjidil Haram.  Kenangan yg terindah.  Tempat terbaik di bumi Allah yang pernah kami kunjungi.  


Padang Arafah.  Jabal Rahmah.  Menurut cerita dari beberapa pihak,  di sini lah Nabi Adam. a.s berjumpa semula dgn Siti Hawa selepas berpisah bertahun lamanya (selepas keluar dari syurga Allah).  Di tiang batu tu terdapat banyak tulisan2x jemaah yg mencatatkan nama2x org2x tersayang.   

 Di ladang unta.  Pengalaman kedua minum susu unta.  Alhamdulillah sedap tapi agak heaty gak.  Sempat jugak beli untuk di bawa pulang.  


Ini di muzium Ka'abah.  Dalam ka'abah beginilah rupanya...


Pintu Ka'abah lama di pamerkan di muzium. 

 Bukit Uhud.  Sempat shopping beli ubat2x dari pohon2x di Tanah Ubat. 

 Madinah...Masjid Nabawi.  Selesai solat Isyak dan selepas makan malam,  kami berjalan sekitar Madinah.  Ambil angin malam.  Madinah agak sejuk and very windy.  Pertembungan dgn sepupu, Syarol Anuar Haji Said sekeluarga di sini memang mengujakan sedangkan di masjid ini penuh dgn manusia dari seluruh pelusok dunia. 

Memberi makan burung2x merpati yg berterbangan di sekitar tapak rumah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w.  
 Di sinilah tempat Rasullulah s.a.w di lahirkan dan dibesarkan. Tempat ini telah di convert jadi perpustakaan. 

Ini le antara pengalaman paling istimewa.  Mendaki jabal nur menuju ke Gua Hira' tempat di mana Rasullullah s.a.w menerima wahyu pertama. 31 May 2007,  hari lahir saya dan tepat jam 12 malam kami tiba di Gua Hira'.  Syukur Alhamdulillah.....

Di sini tiada bangunan pencakar langit,  tiada bunga tulips yg pelbagai warna,  tiada green scenery mcm kat New Zealand, Australia, UK etc,  tiada akuarium besar, tiada theme park......cuma ada suasana yg kering,  bila musim panas,  teramat panas....namun tempat inilah Syurga yg Indah di dunia.  Semoga Allah perkenankan doa kami untuk menunaikan Fardu Haji and seterusnya menjadi tetamu Allah selalu.   Amin Ya Rabbal alamin. 


14 comments:

  1. Assalamualaikum, tahniah sbb dapat sekali lagi umrah sebelum balik Malaysia! Kami pun berniat nak singgah Mekah sebelum balik Malaysia (skrg di Leeds) tapi kalau boleh tak nak ikut agensi, ikut pengalaman sendiri aje. Tapi macam mana ye nak travel ke sana sini i.e. padang arafah etc dan yang paling penting Madinah? Sebab last time semua tu dah diatur oleh agensi. T.kasih!

    ReplyDelete
  2. W'salam and saya nak minta maaf kerana lambat reply. Kemudahan teksi dan bas banyak di Mekah dan Madinah, thus, I suggest you guna semua public transport. Usually kat sana ada agent yg offer for optional tour. You pun boleh join and pay around RM30 per pax. It is rather cheap rather than taking the whole package.

    I am going again on 6 Feb 2013 with my family. This time, I cuma book hotel and transport je. Instead of paying like RM5000 per person, I only spend RM5000 for the whole family without meals.

    Hope the info boleh membantu insyaAllah.

    Regards

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Syukur alhamdulillah bila terjumpa blog ini. Banyak perkara yang sedang Saya fikirkan ketika ini. Sebenarnya saya dan suami berhajat ingin mengerjakan umrah secara persendirian (tanpa pakej). kami ingin membawa anak2 kami sekali.
    Sebelum ini,tahun 2011,kami pernah pergi menunaikan umrah bersama travel agen.
    Apa yg saya faham, visa dan hotel boleh diurus oleh travel agen. manakala yang lain2 diuruskan oleh kami sendiriBoleh tak saya tahu apa lagi perkara2 yang saya terlepas pandang di sini. Harap puan boleh membantu.

    ReplyDelete
  4. W'alaikumsalam....

    Visa, hotel dan transport terutamanya dari Madinah-Mekah or Mekah Madinah amat perlu sebab train between these cities belum ready lagi. I difahamkan ianya akan ready perhaps in 2014. So to avoid any issues especially for long distance journey, I suggest you engage transport or you boleh join any group yg ada time tu...

    Untuk ke miqat, naik bas pun ok. Quite cheap though. Meals urus sendiri je sebab lebih murah dan ada varieties.

    I harap this info boleh membantu. If you naik flight emirates, you boleh bawak anak2x stop over for few days kat Dubai gak, My trip this time is via Emirates. I'm sure the kids will enjoy their stay in Dubai too.

    Hope this info will help you to make decision. All the best and may your plan work smoothly.

    Take care.

    Wasalam






    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Last year(idulfitri), sayaberpeluang ke tanah suci. Pergi melalui travel.
    So, tahun ni berniat nak pergi sendiri tanpa travel.
    Boleh kongsi info cara nak mohon visit visa x?. Kalau tak silap, visa umrah hanya dapat melalui travel.

    ReplyDelete
  6. salam. akak abg. nk tumpang tanya. saya pelajar malaysia di scotland. saya dan rakan2 bercadang untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ni. tapi tanpa agent. macam mana saya nk dapat kan visa umrah untuk buat umrah sendiri... sbb selalu nya tgk semua kene thru agent... harap dapat bantu... :)

    ReplyDelete
  7. akak tolong call saya . sepatutnya sy akan ke umrah minggu dpa tp visa tak dapat di malaysia ada cara lain dak kak 0195405572

    ReplyDelete
  8. salam puan syukor bila dapat tengok blog puan tentang pergi umrah tanpa melalui agent. Saya dah 7 kali buat umrah kali ni insyallah bercadang nak pergi dgn keluarga secara sendiri.
    pernah serch blog2 lain ttg pi umrah sendiri tapi jawapannya banyak yg beri jawaban x blh kerana kata mreka pi mekah x sama macam pi melancong blh pi sendiri sama ada buat ground arrangmt ja free & ezy ke atau lain cara. even tgk blog org luar negeri pun kata x blh kena juga melalui travel agent. kalau kita ada kawan kat jedah masuk pakai visa visit lps tu buat umrah kalau kena tangkap kat check point mreka we get into trble. dengan tu kena juga saya gi dgn travel agent. so your blog have help me .thanks

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. UMRAH PERSENDIRIAN

    Menunaikan umrah selain haji adalah menjadi impian semua orang Islam. Bagaimanapun kadang2 sukar juga tercapai di sebabkan kos yg semakin meningkat. Atas dasar tersebut barangkali pengunjung ke entri ini mencari jalan penjimatan kos dgn menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin juga pencari cara menunaikan umrah cara persendirian adalah untuk mendapat kepuasan dan kebesan melakukan umrah tanpa terikat dgn jadual umrah yg dintetapkan oleh penganjur atau TA.
    Dinatas faktur mengumpulkan bakal jemaah yg bercadang menunai umrah cara persendirian atau umrah tanpa agen adalah di alu-alu untuk menyertai satu group whatsapp "Umrah Persendirian" yg telah di wujudkan. Kumpulan ini rancak membincangkan pasal umrah persendirian dan keahliannya sudah melebihi 50 org. Telegram atas nama sama telah di wujudkan bagi menampung jumlah yg bertambah. Perjumpaan awal bagi ahli lembah kelang dan yg boleh datang pertama kalinya telah di adakan.
    Antara perkara yg menjadi tujuan ialah mengumpul mereka yg berpengalaman mengerjakan umrah persendirian atau umrah tanpa agen dan juga bakal jemaah umrah yg berhajat menunaikan umrah cara persendirian

    Jika anda pembaca semua berminat menyertai whatsapp group UP tersebut dan beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyataan hajatnya kepada email : umrahsenang@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Tuan rumah, mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.


    UMRAH PERSENDIRIAN

    Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping sedikit faktor lain.

    Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya. "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan menghampiran jumlah maksima.

    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang. Telegram akan di minati di masa akan dating, insyaallah.

    Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete

  14. Saya cuma menggunakan ruangan ini untuk berkata apa yang di tuliskan brtikut:


    UMRAH PERSENDIRIAN

    Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kepuasan untuk mengatur jadual tersendiri di samping kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA dan beberapa faktor lain.

    Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang bermula pada 06 jun 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa beberapa hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya (pada masa itu maksima WA ialah 50 dan kini 100). "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat.

    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.

    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna semasa ia di wujudkan tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang. Kini sudah ada 4 group telegram dan di harapkan group Telegram akan di minati di masa akan dating, insyaallah.

    Jika anda pembaca semua berminat menyertai group "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hasrat tersebut kepada email : umrahsenang@gmail.com . Tuan/puan juga boleh menggunakan telegram untuk mohon menjadi ahli group dengan memohon kepada username saya @umrahpersendirian

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete